ATP Brisbane: Raonic Singkir Nadal Untuk Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Jumaat, 6 Januari 2017 11:49 PM

Raonic (kanan) berjabat tangan dengan Nadal sebaik sahaja mencatat kemenangan pada aksi suku akhir ATP Brisbane, Jumaat malam.

(Ubah saiz teks)

BINTANG tenis Kanada, Milos Raonic melakar kemenangan 4-6 6-3 6-4 ke atas Rafael Nadal pada aksi suku akhir ATP Brisbane, Jumaat malam.

Raonic yang kini menduduki ranking ketiga dunia itu tewas pada set pertama apabila Nadal memulakan servis hebat untuk meraih mata.

Bagaimanapun Raonic bijak membaca corak permainan Nadal yang kini berada di kedudukan kesembilan dunia sekaligus mencatat kemenangan mudah pada set kedua.

Raonic mengekalkan rentak permainan ke set ketiga yang menyaksikan dia berjaya menempah tiket ke separuh akhir untuk bertemu Grigor Dimitrov.

"Perlawanan yang hebat dan saya sangat gembira dapat melengkapkan kemenangan ke atas pemain hebat seperti Rafa," jelas Raonic.

Sementara itu Nadal yang kembali ke gelanggang selepas kecederaan menganggap aksi ini sebagai persiapan menjelang Terbuka Australia minggu hadapan.

"Dia bermain agresif lebih daripada saya...tetapi saya tetap positif. Ia hanya perbezaan yang kecil sahaja," jelasnya ringkas.

Selain itu, dalam pertemuan separuh akhir satu lagi bakal menyaksikan Stanislas Wawrinka akan bertemu jaguh tenis dari Jepun, Kei Nishikori. 

Tags / Kata Kunci: ATP Brisbane , Rafael Nadal , Milos Raonic

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan