Terbuka Qatar: Murray Kerja Keras Mara Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2017 4:54 PM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN No.1 dunia, Andy Murray memulakan musim 2017 mara ke suku akhir selepas dipaksa bekerja keras menundukkan pemain Austria, Gerald Melzer pada aksi Terbuka Qatar, Khamis.

Murray,29, berdepan dengan cabaran sengit menerima pukulan daripada pemain bertangan kidal itu, namun tetap memastikan rekod kemenangan menjadi miliknya selepas menamatkan perlawanan dalam tempoh dua jam 23 minit ke atas Melzer secara straight-set, 7-6 (8/6), 7-5.  

Melzer,26, yang berada di ranking ke-68 dunia itu memulakan permainan dengan corak positif, lebih kepada pukulan di atas jaring cuba memerangkap Murray.

Bagaimanapun, Murray tidak terpedaya dan cuba mematahkan setiap servis yang dilakukan Melzer.

Pemain kelahiran Scotland itu bakal berdepan dengan pemain Sepanyol, Nicolas Almagro pada aksi suku akhir nanti.

"Dia bermain sangat baik, malah mendominasikan sebahagian daripada perlawanan ini.

"Saya ada memberitahu Melzer bahawa rankingnya akan naik jika terus bermain dengan konsisten seperti ini.

"Manakala permainan saya agak baik hari ini walaupun menerima pukulan lawan yang agak kuat," jelasnya.

Sementara itu, pemain pilihan kedua kejohanan, Novak Djokovic mudah menewaskan pemain Argentina Horacio Zeballos dengan catatan 6-3 6-4  dalam tempoh 72 minit.

Bintang Serbia itu bakal berdepan dengan pemain Republik Czech berusia 38 tahun,  Radek Stepanek  yang menjadi peserta paling tua pada Jelajah ATP kali ini.

Tags / Kata Kunci: Terbuka Qatar , Andy Murray

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan