Kurang Menyerlah Dan Motivasi Punca Bersara - Delia

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2017 6:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita nombor dua negara, Delia Arnold menjelaskan kekurangan motivasi serta persembahan yang kurang menyerlah adalah faktor untuk menggantung raketnya.

Selepas hampir 20 tahun terbabit dengan sukan tersebut, pemain berusia 31 tahun itu mengejutkan peminat dan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) apabila menghantar surat persaraannya kepada pengarah kejurulatihan, Mej (B) S. Maniam pada Rabu.

Pemain kelahiran Kuala Lumpur itu yang berkahwin dengan bekas pemain badminton kebangsaan, Lin Woon Fui enam tahun lepas, bagaimanapun berpuas hati dengan sumbangannya selama ini sebagai pemain remaja dan senior.

"Walaupun ia adalah keputusan yang sukar, saya tidak kesal untuk menggantung raket. Malah, saya telah memikirkannya sejak beberapa bulan lalu dan sudah masanya untuk memberi laluan kepada pemain muda.

"Selain itu, saya juga agak kurang menyerlah sejak kebelakangan ini, Tiada lagi motivasi untuk saya meneruskan sukan ini," kata juara kebangsaan dua kali pada 2015 dan 2016 dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh SRAM.

Pemain nombor 17 dunia itu mengakui pemain remaja, S. Sivasangari, 17, dan adiknya, Rachel, 20, semakin meningkat dan mampu mengambil alih tugas daripada pemain senior.

Delia mewakili negara di peringkat senior sejak 2006, mempunyai lapan gelaran sepanjang kariernya selain membantu Malaysia memenangi tiga pingat gangsa berturut-turut di Kejohanan Dunia Berpasukan Wanita pada 2008, 2010 dan 2012 sebelum meraih perak pada 2014.

Pencapaian terbaiknya dalam acara individu adalah separuh akhir kejohanan berprestij Terbuka British pada 2015.

"Jika ada kekecewaan, ia pastinya tidak dapat memenuhi sasaran saya berada dalam kelompok 10 terbaik dunia. Paling hampir adalah ketika menjadi pemain nombor 12 dunia pada Sept 2015," kata Delia, yang datang daripada keluarga yang berjaya dalam skuasy.

Bapanya, Raymond sebelum ini adalah bekas penjaga gol skuad bola sepak Kuala Lumpur, sebelum aktif dalam sukan skuasy dan akhirnya menjadi jurulatih negara manakala abangnya, Timothy adalah juga bekas pemain kebangsaan yang kini menjadi jurulatih di Singapura.

Berita itu pasti satu kejutan buat SRAM, yang berdepan dilema terutama selepas juara dunia lapan kali, Datuk Nicol David turun ke ranking ketujuh dunia manakala pemain nombor tiga negara, Low Wee Wern masih dibelenggu kecederaan lutut.

"Dia adalah pemain yang disayangi, sering ceria dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk negara. Kami mendoakannya berjaya dalam rancangan masa depannya dan berharap dia akan kembali dan berkhidmat sebagai jurulatih atau di pihak pengurusan dalam SRAM," kata Maniam. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Delia Arnold , Skuasy

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan