Jangan Lupakan Saya Bila Saya Bersara - Chong Wei

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2017 11:56 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejayaan yang dikecapi jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei adalah hasil kerja keras dan tidak berputus asa.

Pada usianya 34 tahun, beliau dianggap sebagai 'senior' dalam dunia badminton.

Beliau bagaimanapun tidak berputus asa, malah mengalami beberapa kecederaan.

Ketika ini, Chong Wei boleh sahaja bersara tetapi beliau masih mahu meneruskan impiannya untuk menjadi nombor satu di dunia dari Malaysia bagi tempoh yang paling panjang.

Dalam satu wawancara bersama Sin Chew Daily, Chong Wei berkongsi mengenai perjalanannya yang sukar semasa latihan selama 17 tahun, rancang untuk akan datang dan lain-lain.

Beliau memenangi pingat perak untuk perseorangan lelaki di Olimpik Rio, kali ketiga memenangi perak di Olimpik.

Chong Wei mencatatkan rekod mengagumkan sebagai nombor satu dunia dan juara bagi lima kejohanan di Malaysia, badminton Asia, Indonesia, Japan dan Malaysia Golden Grand Prix.

Beliau juga menjadi pemain badminton terbaik di dunia sebanyak lima kali.

Tanpa mengira sejaguh mana, Chong Wei sudah bersedia untuk menjadi bapa kepada dua anak, yang berdepan dengan hari persaraan suatu hari nanti.

Ditanya mengenai sekiranya beliau bermain di Olimpik Jepun pada 2020, Chong Wei berkata: "Ramai berharap saya akan terus bermain. Ia bergantung kepada keadaan fizikal saya. Saya mengalami kecederaan selepas kejohanan badminton dunia. Saya rasa saya harus bersara secara beransur-ansur.

Mengenai rancangan persaraannya, Chong Wei berkata, beliau mungkin memulakan sekolah badminton bagi melahirkan pemain generasi muda.

Beliau turut berharap untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan yang tidak berkaitan dengan badminton.

Chong Wei bagaimanapun tidak mendedahkan jenis perniagaan yang ingin diceburinya.

Beliau mahu membesarkan dua anaknya, Kingston, 3, dan Terrance, 1.

Chong Wei tidak akan memaksa anak-anak untuk bermain badminton, tetapi membiarkan mereka memilih sukan kesukaan. - Sin Chew Daily/ Asia News Network


Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan