Piala Hopman: Federer Tewas Kepada Pemain Muda Jerman

Diterbitkan: Rabu, 4 Januari 2017 11:39 PM

Alexander Zverev

(Ubah saiz teks)

ROGER Federer ditewaskan pemain muda dari Jerman, Alexander Zverev pada perlawanan Piala Hopman, Rabu malam.

Perlawanan yang digelar 'master versus the apprentice ' menyaksikan pemain berusia 19 tahun itu bakal menjadi tumpuan dalam acara tenis tidak lama lagi.

Zverev meraih kemenangan ke atas pemain di ranking ke-16 dunia itu dengan keputusan  7-6 6-7 7-6.

Aksi dua pemain yang mempunyai karisma tersendiri menarik perhatian peminat-peminat tenis di Perth yang telah menunjukkan aksi luar biasa biarpun terpaksa berdepan dengan cuaca panas di gelanggang.




Ini bukan kali pertama Zverev menewaskan bekas pemain No.1 dunia itu apabila turut melakukan kejutan ketika aksi di Halle, Jun tahun lalu.

Kemenangan tersebut menyaksikan Jerman mendahului Switzerland dengan 1-0, namun pasukan Federer masih berpeluang untuk mengejar mata menerusi  acara perseorangan wanita dan beregu campuran selepas ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan