Serena Williams Bertunang Dengan Pengasas Bersama Reddit

Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2016 5:28 PM

Serena Williams. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Pemain tenis nombor dua dunia, Serena Williams bertunang dengan pengasas bersama syarikat media sosial Reddit, Alexis Ohanian.

"Dia melutut. Dia sebut empat perkataan. Dan saya katakan ya," kata anak kelahiran Amerika berusia 35 tahun itu menerusi laman media sosial pada Khamis.

"Saya pulang ke rumah. Agak lewat. Seseorang telah menyediakan bagasi buat saya. Dan kenderaan sedang menunggu. Destinasi: Rome... kembali ke tempat bintang kita bertemu."

Ohanian, 33, yang berasal dari New York mengesahkan berita berkenaan di halaman Facebooknya, dengan menyebut: "Dia katakan ya".

Williams memenangi 22 gelaran grand slam perseorangan. - Reuters

Tags / Kata Kunci: Serena Williams

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan