Ana Ivanovic Umum Persaraan

Diterbitkan: Khamis, 29 Disember 2016 7:36 AM

Ana Ivanovic. -fotoAP

(Ubah saiz teks)

BEKAS pemain nombor satu dunia dan juara Terbuka Perancis Ana Ivanovic mengumumkan persaraannya dalam sukan tenis.

Pemain berusia 29 tahun itu memberitahu peminatnya bahawa dia membuat keputusan untuk bersara selepas menyedari bahawa dirinya tidak lagi mampu untuk bersaing di peringkat tertinggi.

"Selepas 13 tahun bermain tenis secara profesional, saya telah mengambil keputusan yang amat sukar untuk bersara daripada pertandingan tenis," kata Ivanovic dalam satu kenyataan.

"Ini satu keputusan yang sukar, tetapi begitu banyak yang boleh diraikan.

"Saya mula bermimpi mengenai tenis ketika saya berusia lima tahun dan melihat Monica Seles. Ibu bapa saya sentiasa menyokong saya dan ketika saya berada di kedudukan #1 dunia pada tahun 2008 saya telah melihat tahap tertinggi yang tidak pernah saya mimpi akan berlaku.


"Saya telah memenangi 15 kejuaraan perseorangan WTA, bermain dalam tiga perlawanan akhir Grand Slam dan satu perlawanan akhir Piala Fed. Itu cukup baik untuk seorang gadis kecil dari Serbia!

"Tetapi melihat kepada nama-nama besar dalam mana-mana sukan profesional, ia menuntut bentuk fizikal tahap tertinggi, dan semua orang tahu saya telah dihalang oleh kecederaan.

"Untuk diri saya, peminat saya dan semua golongan muda yang mungkin memerhati saya, sama seperti saya melihat Monica, saya hanya dapat bermain jika saya boleh mencapai tahapnya. Saya tidak lagi boleh berbuat demikian, maka sudah tiba masa untuk saya berundur.

"Walaupun kisah pertandingan saya akan berakhir, tenis dan cinta saya untuk permainan ini kekal di hati saya. Saya tidak akan hilang sepenuhnya dari gelanggang. Saya juga teruja dengan cabaran dan laluan baru yang menanti saya. "
Tags / Kata Kunci: bersara , Ana Ivanovic

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan