Wee Kiong Wira, Ikon Kundang Ulu

Diterbitkan: Selasa, 20 Disember 2016 9:38 AM

(Ubah saiz teks)

TANGKAK: Penduduk kampung Kundang Ulu dekat sini menyifatkan jaguh beregu lelaki badminton negara, Tan Wee Kiong sebagai wira dan juga ikon bagi mereka setelah berjaya mengharumkan nama negara di beberapa kejohanan bertaraf dunia sepanjang tahun ini.

Setelah berjaya meraih pingat perak bersama pasangannya V Shem pada temasya Sukan Olimpik Rio baru-baru ini, anak jati Kundang Ulu itu sekali lagi menjadi kebanggaan masyarakat di sini apabila berjaya meraih gelaran juara Siri Super Dunia Akhir 2016 yang berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Ahad.

Pasangan beregu negara itu muncul johan selepas menewaskan pasangan beregu dari Jepun, Kamura Takeshi-Keigo Sonoda dengan kutipan mata 21-14, 21-19.

Tan Ching Hwa, bapa saudara kepada Wee Kiong berkata beliau sekeluarga di Kampung Kundang Ulu sekali lagi merasa bangga dengan pencapaian yang diraih anak saudaranya itu apabila berjaya dinobatkan sebagai juara dan kini sebagai beregu lelaki nombor satu dunia.

"Saya bangga dengan pencapaian Wee Kiong bukan kerana mahu bermegah dengan kejayaan yang dicipta oleh anak saudara sendiri sebaliknya kerana kagum kesungguhan dan usaha gigih yang ditunjukkan oleh Wee Kiong hingga beliau terus beraksi cemerlang di pentas dunia hari ini," katanya kepada pemberita.

Ching Hwa berkata beliau mengenali Wee Kiong sebagai seorang yang tidak pernah kenal erti menyerah kalah dan rajin berusaha sejak kecil.

"Walaupun setelah tamat sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Jenis Cina, Kung Yung dekat sini dan berhijrah ke Kuala Lumpur bagi menyambung pelajaran di Sekolah Sukan Bukit Jalil...saya sering mengikuti perkembangan beliau dan tidak pernah melepaskan peluang untuk menonton menerusi kaca televisyen perlawanan badminton yang disertai beliau termasuk perlawanan pada Ahad," katanya.

Katanya semua masyarakat di Kundang Ulu tanpa mengira bangsa amat kagum dan bangga dengan kejayaan Wee Kiong.

Sementara itu seorang penduduk kampung, Jafaar Shaari berkata walaupun tiada pengiktirafan khusus diberikan kepada Wee Kiong, beliau dan penduduk kampung  lain menyifatkan Wee Kiong sebagai wira dan juga ikon Kundang Ulu.

"Sudah pasti sebagai anak jati kampung ini saya bangga dengan kejayaan Wee Kiong dan harap beliau akan terus mencipta nama dalam sukan badminton," kata Jafaar yang juga kawan rapat bapa Wee Kiong iaitu Tan Cham Swee.

"Bagi saya, Cham Swee adalah seorang pejuang sukan badminton di kampung ini, saya masih ingat lagi 20 tahun lalu atas usaha sendiri, beliau membina sebuah gelanggang badminton mengunakan kayu hutan dan atas zink di hadapan rumahnya.

"Ramai penduduk kampung tidak memgira bangsa bermain badminton di situ dan saya menjadi pengadil mengira mata setiap perlawanan peringkat kampung dianjurkan pada ketika itu," kata Jafaar.

Katanya Cham Swee adalah orang yang bertanggungjawab menggilap Wee Kiong sebagai juara badminton hari ini kerana beliau orang pertama yang memperkenalkan sukan badminton kepada anaknya sejak berusia tujuh tahun.

Bagi peniaga makanan, Nizam Misran, 46, beliau berharap pada masa akan datang lebih ramai lagi jaguh badminton negara lahir dari Kundang Ulu.

"Sehingga hari ini acara badminton menjadi sukan kegemaran penduduk kampung ini dan mereka (penduduk kampung) semakin bersemangat untuk bermain badminton setiap petang setelah kejayaan Wee Kiong meraih pingat perak di Olimpik baru-baru ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Tan Wee Kiong , V Shem , Badminton

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan