Wei Feng Intai Kelompok 30 Terbaik Dunia

Diterbitkan: Isnin, 19 Disember 2016 7:52 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas pemain perseorangan kebangsaan, Chong Wei Feng mengintai kedudukan kelompok 30 pemain terbaik dunia dalam ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada musim depan.

Pemain kelahiran Kedah itu yang kini bergelar pemain profesional setelah keluar daripada naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Mac lepas, yakin sasaran berkenaan mampu dicapai sekiranya beliau mengekalkan konsistensi dalam beberapa kejohanan yang disertai tahun depan.

"Sekarang saya berada di ranking ke-45 dunia dan harapan saya boleh masuk ke kelompok 30 pemain terbaik dunia, namun kena ada keputusan yang bagus dalam beberapa kejohanan bermula dengan Malaysia Masters pada Januari depan," katanya.

Beliau yang juga pemain Kelab Badminton Puchong United (PUBC) berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir pada majlis pelancaran Program Badminton Beko-Yayasan PUBC di sini, Isnin.

Wei Feng mengakui 2016 bukanlah musim terbaik untuk kariernya dan bertekad menjadikan ia sebagai pengajaran untuk beliau memperbaiki prestasi pada musim baharu terutamanya bagi memburu sekurang-kurangnya satu kejuaraan di pentas antarabangsa.

Berkongsi pandangan sama adalah bekas pemain beregu kebangsaan, Lim Khim Wah yang menyandarkan harapan gandingannya bersama seorang lagi bekas pemain kebangsaan, Mohamad Arif Abdul Latif menerusi tajaan pihak swasta iaitu Ko Skin bermula musim depan, mampu menghasilkan lebih banyak kejayaan.

"Harapan saya kita boleh cipta kejayaan pada Kejohanan Siri Super dan Grand Prix Emas memandangkan Mohamad Arif sudah mempunyai pengalaman beraksi dalam acara beregu lelaki dalam beberapa kejohanan pada tahun ini," jelas Lim yang bergelar pemain profesional sejak tahun lepas. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Chong Wei Feng

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan