Chong Wei Gagal Siri Super Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 16 Disember 2016 10:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kalah mengejut kepada pemain Denmark, Viktor Axelsen pada perlawanan akhir peringkat Kumpulan B Siri Super Dunia Akhir di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Jumaat malam.

Kekalahan 14-21, 21-14, 21-19 kepada Axelsen itu sekaligus menyekat kemaraan pemain nombor satu dunia itu untuk beraksi di saingan separuh akhir Siri Super Dunia edisi kali ini.

Axelsen bersama-sama pemain Korea Selatan, Son Wan Ho mara ke separuh akhir selepas berada dalam kedudukan dua pemain terbaik selepas tiga perlawanan peringkat kumpulan, demikian menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.org.

Pemain dari Pulau Pinang berusia 34 tahun itu sebelum ini tewas kepada Son pada perlawanan pertama dengan mata 10-21, 16-21 sebelum memperoleh kemenangan ke atas Angus Ng Ka Long dari Hong Kong, 21-15, 22-20 dan seterusnya ditunjukkan jalan keluar oleh Axelsen di Kompleks Sukan Hamdan.

Sebagai rekod, Chong Wei pernah menjuarai kejohanan Siri Super Dunia sebanyak empat kali pada 2008, 2009, 2010 dan 2013.

Dalam pada itu, beregu lelaki pilihan kedua kejohanan, Goh V Shem-Tan Wee Kiong melayakkan diri ke separuh akhir selepas mengalahkan gandingan Li Junhui-Liu Yuchen dari China pada Khamis.

Pasangan V Shem-Wee Kiong yang mendapat kemenangan percuma pada perlawanan pertama Kumpulan B setelah beregu Denmark, Mathias Boe-Carsten Mogensen menarik diri daripada kejohanan itu, menewaskan Biao Chai-Wei Hong dari Hong Kong, 16-21, 21-13, 22-20, malam ini.

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Siri Super Dunia

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan