Kejohanan Purple League Guna Format Baharu

Diterbitkan: Khamis, 15 Disember 2016 9:53 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim (tiga, kiri) bersama Jack Koh (empat, kanan) beramah mesra bersama barisan penaja ketika sidang media pengumuman penaja baru Kejohanan Badminton SS Purple League (SSPL) 2016/17 pada Khamis. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejohanan SS Purple League bagi musim 2016/2017 akan menggunakan format baharu bagi menjadikan saingannya lebih menarik.

Ketua Pegawai Eksekutif Purple League Sdn Bhd, Datuk Jack Koh berkata di bawah format baharu itu, setiap pasukan perlu menamatkan empat kategori - perseorangan dan beregu lelaki, perseorangn wanita dan beregu campuran - dalam tempoh 30 minit.

Katanya format yang diperkenalkan pada edisi ketiga kejohanan itu bertujuan menggalakkan permainan pantas dan taktikal untuk pemain agresif manakala bagi pemain yang gemar bertahan, mereka akan cuba memperlahankan rentak untuk membataskan kelebihan lawan.

"Kami juga mahu mewujudkan mata emas apabila perlawanan terikat pada kedudukan yang sama selepas berakhir tempoh yang ditetapkan," kata Koh.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan ikrar tajaan oleh tujuh penaja termasuk dua penaja utama dalam majlis yang disaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim di sini Khamis.

Lima penaja baharu - Resorts World Genting, Li-Ning, 100Plus, Hotel Pearl International dan Lazada Malaysia bersama dua penaja utama, Samsung dan Seng Heng menjanjikan tajaan berjumlah RM6 juta untuk musim ini.

Berkongsi pandangan yang sama dengan Koh adalah bekas pemain dan jurulatih kebangsaan, Yap Kim Hock yang menganggap format baharu itu lebih mencabar daripada dua edisi sebelum ini.

"Jurulatih dan pengurus pasukan perlu sentiasa memerhatikan jam dan memastikan pemain mereka menamatkan aksi dalam tempoh yang ditetapkan.

"Jika mahu menjadi juara, kami perlu cepat menyesuaikan diri dengan perubahan seperti ini," kata Kim Hock yang juga pengurus Kelab Badminton Petaling.

Sebanyak 12 pasukan akan bersaing musim ini di mana aksi liga sepusingan akan bermula Isnin ini sehingga 31 Disember di Cyberjaya sebelum berpindah ke Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras dari 2-8 Januari 2017.

Enam pasukan teratas akan mara ke pusingan kalah mati di Arena of Stars di  Genting Highlands, Pahang dari 9-12 Februari 2017 dalam kejohanan yang menawarkan hadiah wang keseluruhan RM1.5 juta. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: Purple League , format baharu

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan