Adik-Beradik Murray Kini Juara Dunia ITF

Diterbitkan: Rabu, 14 Disember 2016 10:41 AM

Andy Murray (kiri) bersama Jamie.

(Ubah saiz teks)

PARIS: Andy Murray melengkapkan kecemerlangan musim ini apabila dinamakan sebagai Juara Dunia Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) bagi tahun 2016 bersama abangnya, Jamie.

Ini adalah kali pertama dua adik-beradik ini telah dinamakan sebagai Juara Dunia iaitu bagi perseorangan lelaki dan beregu lelaki pada tahun yang sama.

Angelique Kerber pula memenangi anugerah bagi perseorangan wanita, menjadi Juara Dunia pertama di Jerman, sejak Steffi Graf memegang gelaran itu pada tahun 1996.

Andy Murray dinobatkan sebagai pemain nombor 1 dunia selepas menewaskan Novak Djokovic dalam pusingan akhir Jelajah Dunia ATP.

Pemain berusia 29 tahun itu memenangi sembilan kejuaraan pada tahun ini, termasuk mahkota kedua Wimbledon dan emas kedua perseorangan lelaki di Olimpik di Rio.

"Ia amat bermakna kepada saya apabila dinamakan ITF sebagai Juara Dunia," kata Murray.

"Tahun ini pasti tidak akan saya lupakan, menang sekali lagi di Wimbledon, mengekalkan gelaran Olimpik, dan merangkul gelaran nombor 1 dunia dalam perlawanan terakhir musim ini.

"Ia amat istimewa apabila abang saya Jamie juga menjadi Juara Dunia."

Kerber, 28, mengalahkan Serena Williams sebelum menjuarai Terbuka Australia, sebelum memenangi Terbuka Amerika Syarikat dan pingat perak di Sukan Olimpik.

Jamie Murray dan Bruno Soares dinamakan sebagai Juara Dunia beregu lelaki, manakala pasangan Perancis, Caroline Garcia dan Kristina Mladenovic memenangi anugerah itu untuk beregu wanita.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan