Terbuka Wales: Soon Huat- Shevon Tewas Aksi Akhir

Diterbitkan: Ahad, 4 Disember 2016 7:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie gagal meraih gelaran antarabangsa kedua selepas tewas di final Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Terbuka Wales di Cardiff, Wales pada lewat Sabtu (awal pagi Ahad waktu Malaysia). 

Pasangan itu yang digandingkan sejak Oktober lepas, bagaimanapun mengheret pilihan utama, Robert Mateusiak-Nadiezda Zieba dari Poland bermain sehingga set penentuan sebelum tumpas 16-21, 21-11, 18-21 dalam perlawanan yang berlangsung70 minit di Sport Wales National Centre, menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.org. 

Terdahulu, pasangan negara itu mengejutkan pilihan kedua, Pranaav Jerry Chopra-Reddy N. Sikki dari India 21-16, 21-14 di separuh akhir.

Untuk rekod, Goh-Lai menjulang kejuaraan antarabangsa pertama mereka dalam acara beregu campuran pada Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Malaysia di Kota Kinabalu, bulan lepas.

Sebelum ini, Goh beraksi dalam acara perseorangan lelaki namun gagal menyerlah di pentas antarabangsa, sementara Lai tidak digandingkan dengan mana-mana pemain sejak Wong Fai Xin menarik diri daripada pasukan kebangsaan,Julai lepas.

Satu lagi pasangan Malaysia, Lim Yin Loo-Yap Cheng Wen kalah kepada pilihan utama Anastasia Chervyakova-Olga Morozova dari Rusia 20-22, 15-21 di separuh akhir acara beregu wanita.

Cabaran Malaysia dalam acara perseorangan lelaki, beregu lelaki dan perseorangan wanita berakhir selepas kesemua pemain negara itu tewas kepada lawan masing-masing di pusingan awal. -Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan