Skuasy: Saingan Malaysia Terhenti Di Suku Akhir

Diterbitkan: Jumaat, 2 Disember 2016 12:54 PM

Nicol Ann David.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Saingan Malaysia untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia 2016 berakhir selepas tewas kepada pasukan pilihan keempat Hong Kong.

Dalam perlawanan suku akhir yang dipindahkan ke gelanggang kaca Palais Des Sports Robert Charpentier di Paris, Perancis, pada Khamis, pasukan negara diketuai pemain nombor lima dunia, Datuk Nicol David, kalah kepada Hong Kong 1-2.

Delia Arnold, yang dinobatkan sebagai juara kebangsaan baru-baru ini, memulakan saingan namun terpaksa tunduk kepada Joey Chan selepas berhempas pulas dalam perlawanan lima set, 11-8, 5-11, 11-9, 3-11 dan 6-11, yang berlanjutan selama 57 minit.

Nicol kemudiannya menyamakan kedudukan 1-1 selepas mengalahkan Annie Au menerusi straight set 11-7, 11-2 dan 11-4 dalam masa 27 minit.

Dalam perlawanan ketiga, bintang Malaysia yang semakin menyinar, S.Sivasangari tewas 1-3 kepada Tong Tsz Wing 9-11, 17-15, 11-13 dalam perlawanan yang berlangsung selama 56 minit.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik Malaysia dalam kejohanan itu adalah tempat kedua semasa acara itu berlangsung di Kanada pada 2014.

Pasukan negara berada di tempat ketiga dalam empat edisi terdahulu - 2006, 2008, 2010 dan 2012. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: skuasy berpasukan wanita dunia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan