Terbuka Macau: Lima Pemain Negara Langkah Kanan

Diterbitkan: Jumaat, 2 Disember 2016 7:00 AM

Chong Wei Feng.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pemain negara, Chong Wei Feng, mara ke suku akhir selepas mengalahkan pemain Indonesia, Anthony Ginting, pada pusingan ketiga Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Terbuka Macau di Macau, Khamis.

Wei Feng, yang mendapat 'bye' pada pusingan kedua susulan penarikan diri pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long, bagaimanapun terpaksa berhempas pulas untuk mengesahkan slot suku akhir dengan keputusan 21-17, 19-21 dan 21-18.

Wei Feng sekali lagi akan mengharungi cabaran getir apabila berdepan dengan pemain Taiwan, Wang Tzu Wei selepas pemain pilihan keenam itu menyingkirkan seeorang lagi bekas pemain negara, Tan Chun Seang dengan keputusan 21-19 dan 21-10.

Sementara itu, pemain profesional negara, Liew Daren terkandas di pusingan ketiga selepas dikalahkan oleh pemain Indonesia Muhammad bayu Pangisthu dalam rubber set 21-13, 17-21, 21-15.

Dalam acara perseorangan wanita, Goh Jin Wei layak ke suku akhir selepas pemain Indonesia, Rusyidina Antardayu Riodingin menarik diri pada pertengahan set kedua di pusingan kedua.

Jin Wei menang set pertama 21-10 dan mendahului 11-1 pada set kedua sebelum lawannya gagal meneruskan permainan akibat kecederaan.

Jin Wei akan berdepan dengan pemain pilihan keenam, Chen Yufei dari China.

Dalam acara beregu wanita, Chow Mei Kuan/Lee Meng Yean melangkah ke suku akhir setelah mengalahkan beregu Indonesia, Della Destiara haris/Rosyita Eka Putri Sari 12-21, 21-18, 21-19.

Beregu negara itu akan diiringi oleh Vivian Hoo/Woon Khei Wi yang mengalahkan beregu Taiwan, Chien Hsiao Huan/Huang Mei Ching dengan keputusan 21-14, 21-14 di pusingan kedua.

Malaysia mempunyai dua beregu campuran dalam saingan suku akhir apabila pilihan utama, yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying menyingkirkan gandingan Taiwan, Wang Chi-Lin/Lee Chia Hsin 21-19, 21-15.

Tan Kian Meng/Lai Pei Jing turut mengesahkan slot suku akhir selepas membenam pasangan Taiwan, Ho Wai Lun/Yuen Sin Yin dengan keputusan 21-16, 27-25. -  BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Terbuka Macau

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan