Badminton: Program AOP Platform Atlet Layak Ke Olimpik 2020 - Raket | mStar

Badminton: Program AOP Platform Atlet Layak Ke Olimpik 2020

Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2016 4:50 PM

Kenny Goh (tengah) menyampaikan tajaan berupa kelengkapan sukan badminton kepada pemain dari negara-negara membangun benua Asia. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Program Olimpik Asia yang bermula sejak 27 November lepas di Kuala Lumpur menjadi antara platform untuk Konfederasi Badminton Asia (BAC) membantu pemain dari negara membangun di benua Asia untuk layak beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Ketua Pegawai Operasi (COO) BAC, Kenny Goh menjelaskan program berkenaan yang berakhir pada 11 Dis ini memilih pemain berusia 18 hingga 24 tahun dari beberapa negara membangun seperti Jordan, Iran, Kazakhstan, Syria dan Sri Lanka yang dilihat mempunyai potensi untuk mara lebih jauh dalam sukan badminton.

Beliau berkata program berkenaan turut mendapat kerjasama daripada beberapa bekas pemain kebangsaan antaranya Wong Choong Hann, Chew Choon Eng dan Lee Wan Wah.

"Ini merupakan pertama kali kita mengadakan latihan kem pusat dan disebabkan pejabat BAC terletak di Kuala Lumpur, kami memilih negara ini sebagai pusat latihan yang pertama untuk program ini," katanya pada sidang media sebelum majlis penyerahan peralatan badminton kepada empat daripada 12 pemain dalam program berkenaan di sini, Khamis.

"Selepas ini, kita mungkin akan menjalankan latihan pusat di Indonesia dan India dan kita cuba mendapatkan pertolongan legenda badminton seperti Hariyanto Arbi dari Indonesia untuk membantu kita (BAC) semasa kita mengadakan latihan di negara berkenaan," kata Goh, sambil menjelaskan kesemua perbelanjaan untuk pemain terlibat ditanggung sepenuhnya oleh BAC.

Beliau berkata program berkenaan akan diteruskan sehingga Sukan Olimpik Tokyo 2020 namun dalam masa sama, penilaian terhadap prestasi semasa pemain yang terpilih akan turut dijalankan bagi memastikan program berkenaan menepati matlamatnya.

Dalam perkembangan berasingan, Goh memaklumkan bahawa BAC akan mengadakan perjumpaan dengan Setiausaha Kehormat persatuan badminton dari negara Asia Barat dan Asia Tengah pada 15 Dis ini di Dubai, Emiriah Arab Bersatu mengenai program 'Road to Buenos Aires 2018'.

Beliau menegaskan program berkenaan menyasarkan untuk membantu sekurang-kurangnya 20 pemain terbaik dari negara membangun di benua Asia untuk layak ke Sukan Olimpik Remaja 2018 di Buenos Aires, Argentina. -Bernama

Tags / Kata Kunci: BAC , Olimpik 2020 , AOP
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan