Terbuka Macau: Iskandar Ketuai Cabaran Pemain Malaysia Mara Ke Pusingan Kedua

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2016 10:32 PM

Iskandar Zulkarnain Zainuddin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki kedua negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin mengetuai cabaran pemain Malaysia mara ke pusingan kedua Grand Prix Emas Terbuka Macau di Tap Seac Multisport Pavilion pada Selasa.

Pemain bukan pilihan itu menewaskan pemain Amerika Syarikat, Lee Hock Lai 21-17, 21-19 dalam perlawanan pembukaan, demikian menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.org.

Iskandar, bagaimanapun bakal berdepan cabaran getir di pusingan kedua apabila dijadual bertemu pemain pilihan kelima, Vincent Wong Wing Ki dari Hong Kong yang mendapat 'bye' di pusingan pertama.

Dua bekas pemain kebangsaan, Liew Daren dan Tan Chung Seang turut mara ke pusingan kedua dalam situasi yang berbeza.

Liew Daren diheret bermain sehingga ke set penentuan sebelum menumpaskan Lee Chak Wai dari Hong Kong 25-23, 19-21, 21-15 dalam masa 55 minit perlawanan, manakala Tan hanya mengambil masa 29 minit untuk menewaskan pemain tuan rumah,  Ao Fei Long 21-14, 21-16.

Pemain profesional Malaysia, Chong Wei Feng, dalam pada itu mara ke pusingan ketiga pada Rabu ini, selepas lawannya di pusingan kedua, iaitu pemain pilihan ketiga, K. Srikanth dari India menarik diri daripada kejohanan akibat kecederaan.

Sebelum itu, Wei Feng mengalahkan pemain Indonesia, Evert Sukamta 21-17, 21-12 di pusingan pembukaan.

Seorang lagi pemain Malaysia, Mohamad Arif Abdul Latif, bagaimanapun gagal mara ke pusingan seterusnya apabila tumpas 16-21, 19-21 kepada Andre Marteen dari Indonesia di pusingan pertama.

Terdahulu, Mohamad Arif yang berpasangan dengan pemain Indonesia, Rusydina Antardayu Riodingin dalam acara beregu campuran, layak ke undian utama selepas menewaskan Alan Chan Yun Lung-Wu Yi Ting dari Hong Kong 17-21, 21-11, 21-19 pada pusingan kelayakan.

Beberapa lagi pemain Malaysia akan memulakan kempen masing-masing di pusingan pembukaan pada kejohanan menawarkan hadiah wang tunai US$120,000 (RM535,374) itu, Rabu, termasuk juara dunia remaja 2015, Goh Jin Wei dalam acara perseorangan wanita. - BERNAMA


iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan