Badminton: Latihan Skuad Negara Di ABK Disember Ini

Diterbitkan: Sabtu, 26 November 2016 6:31 PM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Latihan skuad negara akan berpindah ke Akademi Badminton Kebangsaan (ABK) mulai bulan depan selepas gelanggang di akademi di Bukit Kiara, Kuala Lumpur itu disiapkan.

Pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamed AlAmin Abdul Majid berkata pemindahan lokasi latihan itu dibuat kerana mengikut perancangan Stadium Juara, juga di Bukit Kiara yang digunakan sekarang akan diambil alih Persatuan Bola Jaring Malaysia. 

"Akademi Badminton Kebangsaan sepatutnya siap akhir tahun ini tetapi secara keseluruhannya kita masih memerlukan masa lagi sebelum ia diserahkan kerana masalah teknikal. 

"Walaupun ada lagi beberapa perkara di akademi itu belum siap sepenuhnya, 18 gelanggang di situ sudah disiapkan.

"Oleh itu, kita akan memulakan latihan di akademi tersebut bulan depan,"katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis BAM di sini, Sabtu.

Katanya ABK memerlukan sedikit masa lagi untuk diserahkan kepada BAM kerana masalah teknikal dan juga ia perlu mendapat sijil perakuan siap.

"Sekarang ini kita minta ia diserahkan secara berperingkat. Akademi ini yang menelan kos RM30 juta akan siap sepenuhnya selewat-lewatnya Jun tahun depan.

"Antara kemudahan yang terdapat di akademi ini ialah 18 gelanggang, 85 bilik penginapan, pejabat, dewan makan, auditorium, gimnasium dan sebagainya.

ABK bertaraf antarabangsa ini adalah antara yang terbaik di dunia," katanya.

Sementara itu, Mohamed Al Amin berkata kejohanan Siri Super Terbuka Malaysia 2017 akan diadakan di Kuching, Sarawak pada April 2017.

Sebelum ini, selain Kuching, empat tempat lain yang dicadangkan untuk kejohanan itu ialah Stadium Negara, Kuala Lumpur; Kedah; Johor Bahru dan Kuantan, Pahang. -Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan