Skuasy: Wee Wern Tarik Diri

Diterbitkan: Khamis, 24 November 2016 10:44 PM

Low Wee Wern

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad negara menerima tamparan hebat menjelang Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia (WWTC) di Paris, Isnin ini, apabila Low Wee Wern menarik diri pada saat terakhir akibat masalah kecederaan.

Berita pengunduran pemain nombor dua negara berusia 26 tahun itu, sebelum skuad negara berlepas pagi esok, dianggap akan menjejaskan kekuatan pasukan yang menyasarkan peluang ke separuh akhir.

Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), dalam kenyataan hari ini, berkata tempat Wee Wern akan diganti oleh Rachel, adik kepada seorang lagi pemain negara, Delia Arnold.

Selain pasangan adik beradik, Delia dan Rachel, skuad negara diterajui oleh ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, yang juga pemain nombor lima dunia dan S. Sivasangari.

Rachel dan Sivasangari akan melakukan penampilan sulung pada kejohanan dunia dwitahunan itu yang bermula 28 November hingga 3 Disember ini.

Pengarah Kejurulatihan SRAM, Mej (B) S. Maniam berkata Wee Wern memaklumkan tengah hari tadi bahawa beliau terpaksa menarik diri kerana kecederaan ligamen lutut ACL (Ligamen Kursiat Hadapan) di lutu kiri.

Katanya, pemain dari Pulau Pinang itu telah menjalani pemeriksaan imbasan MRI (Magnetic Resonance Imaging) dan doktor menasihatkan pemain itu supaya menjalani pembedahan.

"Kami amat sedih dengan berita ini dan sudah pasti akan rasa kehilangannya dalam pasukan...kami mengucapkan beliau cepat sembuh," kata Maniam yang juga pengurus pasukan.

Katanya, susulan penarikan diri Wee Wern, undian semula akan dilakukan selepas pasukan negara, yang sebelum ini, menjadi pasukan pilihan ketiga disenaraikan dalam Kumpulan C bersama-sama dengan Australia, Wales dan Austria.

Sebagai rekod, Malaysia muncul naib juara selepas tewas kepada England 2-1 pada final edisi lepas di Kanada pada 2014 iaitu pencapaian terbaik dalam sejarah kejohanan itu yang dimulakan pada 1979.

Tags / Kata Kunci: Low Wee Wern

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan