Jorgensen "Hina" Pemain Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 21 November 2016 10:12 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tindakan juara perseorangan Terbuka China, Jan Jorgensen melemparkan baju pemain negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin ternyata mengundang kritikan terhadap pemain Denmark itu kerana tidak menghormati pihak lawan serta tidak menampilkan semangat kesukanan yang tinggi.

Meskipun terkenal sebagai seorang pemain yang mempunyai sikap panas baran, tetapi tindakannya itu juga dilihat melampau batas dan Iskandar sendiri mengkritik lawannya itu.

Insiden itu berlaku pada set ketiga pada perlawanan akhir Terbuka China pada Sabtu apabila kedua-dua pemain bertukar gelanggang dan Iskandar terlupa untuk mengambil bajunya yang tertinggal di dalam kotak peralatan.

Jorgenson yang sepatutnya memaklumkan perkara itu kepada Iskandar, bertindak melemparkan baju yang tertera lambang Jalur Gemilang ke arah kawasan Iskandar.

Namun jurulatih Iskandar dengan tenang mengambil baju tersebut di atas lantai.

Malah selepas perlawanan, Iskandar mendedahkan kepada media bahawa Jorgensen sengaja memperlekehkannya dengan membezakan pemain kelahiran Kuala Lumpur itu dengan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Iskandar turut meluahkan perasaan kecewanya terhadap sikap tidak profesional Jorgensen menerusi kenyataan dalam laman sosial Facebook.

"Baju saya mempunyai lambang negara Malaysia. Saya tidak mempunyai masalah jika anda tidak menghormati saya, tetapi tolong hormati Jalur Gemilang yang tertera pada baju saya," katanya.

Dalam perlawanan terbabit, Iskandar tewas kepada Jorgensen dalam pertembungan tiga set dengan keputusan 20-22, 22-20, 7-21.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan