Djokovic Jumpa Murray Di Final

Diterbitkan: Ahad, 20 November 2016 7:30 AM

Novak Djokovic.

(Ubah saiz teks)

NOVAK Djokovic membenam Kei Nishikori dari Jepun untuk berentap dengan pemain pilihan tuan rumah, Andy Murray pada kejohanan Final Jelajah Dunia ATP.

Pemain dari Serbia itu mara ke final pada Ahad selepas menang 6-1 6-1 pada aksi separuh akhir.

Ia adalah kemenangan ke-10 Djokovic ke atas Nishikori. 

Ini bermakna juara Grand Slam 12 kali itu hanya tewas sekali dalam 23 perlawanan di O2 Arena.

Terdahulu, harapan Murray untuk menutup tirai 2016 sebagai pemain No.1 dunia berada pada landasan yang tepat selepas dia berjaya menjinakkan Milos Raonic pada satu lagi aksi separuh akhir, awal pagi Ahad.

Pemain Scotland itu menang dengan 5-7 7-6 7-6.

Meskipun tewas Raonic menamatkan saingan musim 2016 di ranking ketiga dunia, mengatasi pemain Sepanyol, Rafael Nadal yang menduduki tangga kesembilan selepas jarang beraksi akibat kecederaan.

"Saya perlu berbangga kerana menamatkan kempen musim ini dengan cemerlang. Saya memberikan sepenuh tenaga yang ada. Kunci utama kejayaan adalah kekal sihat dan cergas," kata pemain Kanada berusia 25 tahun itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan