Terbuka China: Cabaran Malaysia Berakhir

Diterbitkan: Sabtu, 19 November 2016 6:23 PM

Iskandar tumpas pada aksi separuh akhir Terbuka China pada Sabtu.Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cabaran Malaysia pada Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka China di Fuzhou berakhir selepas pemain perseorangan negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin tersingkir di separuh akhir, Sabtu.

Iskandar, bagaimanapun berjaya memberi saingan sengit terhadap pemain nombor enam dunia, Jan O Jorgensen dari Denmark sebelum tewas 20-22, 22-20, 21-7 dalam pertarungan selama 58 minit, demikian menurut laman webwww.bwf.tournamentsoftware.com.

Ini adalah kekalahan kedua berturut-turut untuk Iskandar di tangan Jorgensen selepas pertemuan pertama pada Terbuka Malaysia, April lepas.

Terdahulu, Iskandar yang menghuni ranking ke-33 dunia, mengejutkan pemain nombor 26 dunia dari China, Qiao Bin, 21-19, 21-17 pada aksi suku akhir,Jumaat.

Jorgensen akan bertemu dengan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016, Chen Long dari China di pentas final Ahad.

Chen Long, selaku pilihan kedua kejohanan, mara ke final selepas menundukkan pemain Denmark, Viktor Axelsen, 21-18, 9-21 dan 21-14 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Terbuka China , Malaysia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan