Lin Dan Mohon Maaf Gambar Skandal Bersama Model Tersebar

Diterbitkan: Khamis, 17 November 2016 5:23 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Bintang badminton China, Lin Dan membuat permohonan maaf berikutan skandalnya bersama seorang model terbongkar ketika isterinya sedang mengandung.

Beberapa keping gambar 'panas' Lin Dan dan wanita itu tersebar selepas dimuat naik di laman sosial Weibo, pada Khamis.

Gambar-gambar tersebut didakwa diambil pada Oktober lalu dan dimuat naik oleh 'Detective Zhao' di  Weibo yang merupakan laman sosial terkenal dengan perkembangan atau gosip selebriti.

Isteri Lin Dan yang juga bekas pemain badminton, Xie Xingfang selamat melahirkan bayi lelaki pada 5 November lalu.

Lin Dan,33 dan Xie,35, berkahwin pada tahun 2012.

Sementara itu, wanita yang dikaitkan dengan Lin Dan itu merupakan seorang model dan aktres dikenali sebagai Zhao Yaqi.

Sebaik sahaja gambar -gambar tersebut tersebar, Lin Dan segera memohon maaf di Weibo dalam bahasa Cina: "Sebagai seorang lelaki, saya tidak mencari alasan untuk diri sendiri, tetapi kelakuan saya ini telah melukakan keluarga saya. Di sini saya memohon maaf kepada mereka."

Lin Dan atau terkenal dengan gelaran 'Super Dan' merupakan juara dunia lima kali serta pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2012.

Dia kini menduduki ranking ketiga dunia di belakang pemain negara, Datuk Lee Chong Wei, manakala tempat kedua pula dikuasai rakan senegaranya, Chen Long.-The Straits Times/Asia News Network

Tags / Kata Kunci: Lin Dan , Skandal , Model

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan