Nafiizwan, Ivan Mara Ke Kelayakan Akhir Klasik Qatar

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2016 12:20 AM

Nafiizwan Adnan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua pemain skuasy lelaki Malaysia - Mohd Nafiizwan Adnan dan Ivan Yuen, masing-masing melepasi halangan pertama pada Kejohanan Skuasy Klasik Qatar yang berlangsung di Doha pada Jumaat.

Mohd Nafiizwan yang merupakan juara kebangsaan mengambil masa 34 minit untuk menewaskan pemain New Zealand, Evan Williams 12-10, 11-3, 11-2 pada aksi kelayakan pertama di Kompleks Skuasy dan Tenis Antarabangsa Khalifa.

Sementara, Yuen hanya beraksi selama 18 minit untuk mengetepikan pemain tuan rumah, Hamad Al Amri 1-9, 11-2, 11-2 dalam satu lagi aksi kelayakan pertama.

Mohd Nafiizwan berkata beliau berpuas hati dengan kemenangan itu walaupun terpaksa bergelut untuk mendapatkan rentak permainan kerana tidak berpeluang menyesuaikan diri di gelanggang itu kerana baru tiba di Doha pada awal Jumaat.

"Saya cuba melakukan pukulan yang baik, tetapi beliau sering mengasak saya, membuat pukulan yang baik dan bermain dengan sangat baik," katanya seperti dipetik dalam laman web kejohanan www.squashsite.co.uk/qatar.

"Ketika ketinggalan 10-8 (di set pertama), saya mula bermain seperti biasa dan lebih berdisiplin membolehkan saya memenangi perlawanan dengan meraih empat mata berturut-turut. Selepas itu saya bermain lebih selesa dan mampu mengawal permainan," kata Mohd Nafiizwan.

Pemain berpangkalan di Manchester itu akan berdepan Abdullah Al Mezayen dalam aksi kelayakan akhir pada Sabtu, selepas pemain Kuwait itu mencatat kemenangan 3-2 (11-9, 8-11, 11-7, 5-1, 11-8) ke atas Ben Coleman dari England.

Yuen turut gembira dengan kejayaan tersebut, namun sedar bakal berdepan tugas getir apabila bertemu pemain Mesir, Mohamed Reda dalam perlawanan kelayakan akhir nanti.

"Saya bermula agak perlahan pada set pertama, tetapi gembira dapat memenangi perlawanan itu dalam tiga set. Sudah lama saya tidak bertemu Reda dan saya tidak sabar menghadapi perlawanan tersebut dan sudah pasti saya akan melakukan yang terbaik," kata Yuen.

Mohamed Reda mara ke perlawanan kelayakan akhir selepas menumpaskan pemain  England, Angus Gillams 11-8, 11-3, 11-7. - BERNAMA
Tags / Kata Kunci: skuasy , Nafiizwan Adnan , Ivan Yuen

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan