Murray Tidak Terganggu Dengan Status Pemain No.1 Dunia

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2016 11:16 AM

Murray dinobatkan sekalu pemain No.1 Dunia buat kali pertama di Paris minggu lalu.

(Ubah saiz teks)

BEKAS pemain No.1 British, Tim Henman yakin Andy Murray akan mendominasi dunia tenis, namun perlu berdepan dengan halangan sengit daripada bintang Serbia, Novak Djokovic.

Murray dicatat sebagai pemain paling konsisten 2016 dengan meraih lapan gelaran utama namun perlu berwaspada dengan Djokovic yang tidak berputus asa untuk merebut kembali kedudukan teratas dunia itu.

Lebih menarik, persaingan Jelajah Akhir ATP Dunia yang bakal berlangsung di London pada 20 November ini akan terjawab siapa terbaik di kalangan lapan pemain terhebat dunia.

Murray mengambil alih selaku pemain No. 1 dunia daripada Djokovic selepas menjuarai Paris Masters minggu lalu.

Pemain berusia 29 tahun kelahiran Glasgow itu kini kelebihan 405 mata daripada Djokovic (10780) sebelum aksi di London nanti.

Dia bakal berdepan dengan Kei Nishikori, Stan Wawrinka dan Marin Cilic dalam aksi Kumpulan John McEnroe di kejohanan tersebut.

Bagaimanapun Murray menganggap status selaku pemain nombor satu dunia tidak akan mengganggunya untuk mempamerkan aksi terbaik nanti.

"Sebaik sahaja saya masuk ke gelanggang, anda tidak akan memikirkan berkenaan dengan ranking lagi. 

"Anda akan bermain menentang pemain dalam kelompok lapan terbaik dunia. Saya memang bersedia menghadapi perlawanan di O2 nanti.

"Saya akan cuba dan cuba berehat secukupnya dan akan mula 'memukul' pada Khamis ini.

"Saya memerlukan beberapa hari masa rehat kerana ia merupakan satu misi besar kepada semua," jelas Murray.

Undian penuh kumpulan:

Kumpulan John McEnroe: Andy Murray, Stand Wawrinka, Marin Cilic dan Kei Nishikori

Kumpulan Ivan Lendl: Milos Raonic, Dominic Tiem, Novak Djokovic dan Gael Monfils.

Tags / Kata Kunci: Andy Murray , pemain no.1 dunia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan