Kah Ming-Juan Shen Rangkul Gelaran Antarabangsa Pertama

Diterbitkan: Ahad, 6 November 2016 6:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beregu negara Chooi Kah Ming-Low Juan Shen meraih gelaran antarabangsa pertama apabila mengungguli Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Indonesia di Universitas Gelora Semarang, Jawa Tengah, Ahad.

Pasangan muda, yang baru digandingkan beberapa bulan lepas, melakarkan kejutan apabila menjinakkan beregu senegara, Lee Jian Yi-Lim Zhen Ting, yang juga pilihan keempat, 21-15 dan 21-19 dalam final acara beregu lelaki.

Selain itu, gandingan negara Lim Yin Loo-Yap Cheng Wen turut merangkul gelaran beregu wanita apabila menang mudah selepas beregu tuan rumah Nisak Puji Lestari-Marisa Cindy Sahputri menarik diri akibat kecederaan pada set kedua.

Beregu pilihan kedua itu menang set pertama 21-14 dan ketinggalan 10-15 pada set kedua sebelum mengambil keputusan untuk menarik diri, sekali gus memberi kemenangan percuma kepada beregu negara.

Cabaran Malaysia dalam acara perseorangan wanita, bagaimanapun, berakhir pada Sabtu, apabila satu-satunya wakil negara dalam separuh akhir, Soniia Cheah, kalah 21-17, 19-21, 11-21 kepada pemain pilihan ketiga, Hana Ramadhini dari Indonesia.

Saingan pemain Malaysia dalam acara perseorangan lelaki berakhir Jumaat lepas manakala skuad negara tidak menyenaraikan wakil dalam acara beregu campuran pada kejohan tersebut yang menawarkan hadiah wang tunai AS$20,000 (RM84,103)

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan