Piala Suhandinata: Skuad Remaja Pamer Aksi Permulaan Cemerlang

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2016 11:34 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad badminton remaja negara bermula dengan cemerlang selepas mengalahkan Mexico 5-0 dalam Kumpulan E1 perlawanan pembukaan acara berpasukan campuran, Kejohanan Badminton Remaja Dunia atau dikenali sebagai Piala Suhandinata di Bilbao Arena, Sepanyol pada Selasa.

Chen Tang Jie/Toh Ee Wei hanya mengambil masa 18 minit untuk mengetepikan Nicole Marquez/Luis Armando Montoya Navarro;21-13 dan 21-5 dalam perlawanan beregu campuran, menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF);  www.bwfbadminton.org.

Leong Jun Hao menyumbang mata kedua untuk Malaysia selepas memenangi perlawanan dengan straight set; 21-9 dan 21-9 mengatasi Jesus Arturo Barajas Lopez 21-9, 21-9 dalam acara perseorangan lelaki sebelum juara remaja dunia, Goh Jin Wei menewaskan Adelina Quinones; 21-2 dan 21-6 dalam acara perseorangan wanita.

Hoo Pang Ron/Ameer Amri Zainuddin menambah mata keempat apabila mengalahkan Jesus Arturo Barajas Lopez/Luis Armando Montoya Navarro;21-7 dan 21-10 dalam perlawanan beregu lelaki sebelum M. Thinaah/Tan Sueh Jeou melengkapkan kemenangan dengan mengetepikan Nicole Marquez/Adelina Quinones; 21-10 dan 21-5 dalam acara beregu wanita.

Lewat hari ini, Malaysia akan berdepan Zambia dalam perlawanan pusingan akhir terawal.

Berdasarkan format kejohanan, dua pasukan teratas dalam setiap 16 kumpulan akan mara ke pusingan kedua. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: Piala Suhandinata

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan