Cabaran Malaysia Di Kejohanan Skuasy Lelaki Dunia 2016 Berakhir

Diterbitkan: Selasa, 1 November 2016 11:26 AM

Mohd Nafiizwan Adnan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cabaran negara dalam Kejohanan Skuasy Lelaki Dunia 2016 berakhir selepas satu-satunya wakil Malaysia, Mohd Nafiizwan Adnan tewas pada pusingan ketiga kejohanan yang berlangsung di Kelab Wadi Degla, di Kaherah, Mesir lewat Isnin (awal pagi Selasa waktu Malaysia).

Mohd Nafiizwan, bagaimanapun berjaya memberi saingan sengit terhadap pemain pilihan ke-15, Fares Dessouky dari Mesir sebelum kalah 3-2 (11-13, 11-6, 6-11, 12-10 dan 6-11 dalam perlawanan yang berlangsung selama 99 minit, menurut laman web rasmi kejohanan itu, www.wadideglaworldsquashchamps.com.

Dessouky akan bertemu rakan senegara, Ramy Ashour pada suku akhir Rabu ini selepas juara dunia tiga kali itu menewaskan Daryl Selby dari England; 11-6,  8-11, 11-5 dan 11-8 dalam satu lagi perlawanan pusingan ketiga.

Terdahulu, Mohd Nafiizwan yang bukan pemain pilihan, membuat kejutan besar dengan mengalahkan pemain pilihan ketiga dan pemain nombor tiga dunia, Omar Mosaad dari Mesir dalam perlawanan pusingan kedua pada Sabtu.

Empat lagi pemain Malaysia Ng Eain Yow, Mohd Addeen Idrakie Bakhtiar, Mohd Syafiq Kamal dan Ivan Yuen gagal mara ke undian utama yang menawarkan hadiah wang tunai AS$325,000 (RM1.362 juta) selepas tewas dalam pusingan kelayakan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan