Nicol Mara Ke Suku Akhir Terbuka Wadi Degla - Raket | mStar

Nicol Mara Ke Suku Akhir Terbuka Wadi Degla

Diterbitkan: Isnin, 31 Oktober 2016 11:32 PM

Gambar fail Nicol.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy Malaysia, Datuk Nicol David bermula cemerlang apabila mara ke suku akhir Terbuka Wadi Degla yang berlangsung di Kelab Wadi Degla di Mesir pada Isnin.

Pemain nombor tiga dunia itu yang juga pilihan utama kejohanan, hanya mengambil masa 30 minit untuk menewaskan pemain Denmark Line Hansen 11-5, 11-3, 11-8 pada perlawanan pusingan pembukaan, demikian menurut laman web kejohanan www.wadideglaworldsquashchamps.com.

Nicol akan berdepan pilihan kelima, Nour El Tayeb dalam aksi suku akhir pada Selasa, selepas pemain Mesir itu menumpaskan rakan sepasukannya, Heba El Torky 11-4, 11-7, 7-11, 11-5 pada satu lagi perlawanan pusingan pertama. 

Juara kebangsaan yang juga pilihan keenam, Delia Arnold, bagaimanapun tersingkir daripada kejohanan itu selepas tewas mengejut kepada pemenang pusingan kelayakan dari Wales, Tesni Evans 6-11, 6-11, 11-8, 8-11 pada aksi pusingan pembukaan.

Evans akan menentang pemenang pusingan kelayakan, Salma Hany Ibrahim dari Mesir dalam aksi suku akhir pada Rabu, selepas beliau mengejutkan pilihan keempat yang juga rakan sepasukannya, Omneya Abdel Kawy 11-7, 11-3, 11-9. 

Berdasarkan format kejohanan, pemenang pusingan pertama akan mara terus ke suku akhir. - Bernama

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan