Mohd Nafiizwan Mara Pusingan Kedua Kejohanan Skuasy Dunia

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2016 11:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara kebangsaan, Mohd Nafiizwan Adnan mara ke pusingan kedua Kejohanan Skuasy Lelaki Dunia 2016 di Kelab Wadi Degla, Kaherah pada Khamis.

Pemain berpangkalan di Manchester, England ini menang 9-11, 12-10, 12-10, 12-10 ke atas pemain Scotland, Alan Clyne, demikian menurut laman web kejohanan www.wadideglaworldsquashchamps.com.

Mohd Nafiizwan akan bertemu pilihan ketiga Omar Mosaad dari Mesir pada Jumaat.

Juara remaja dunia Ng Eain Yow bagaimanapun kalah 9-11,9-11 dan 7-11 kepada  Mohamed Redha dari Mesir dalam perlawanan pertama.

Tags / Kata Kunci: Mohd Nafiizwan Adnan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan