Boon Heong Akhiri Zaman Bujang

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2016 7:00 AM

Boon Heong dan pasangannya, Sherlyn kelihatan berseri-seri di hari bahagia mereka. foto GARY CHEN/The Star

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Bekas beregu badminton negara, Tan Boon Heong mengakhiri zaman bujangya apabila melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Sherlyn Tan Yean Ling, di Anovia Bridal di sini, Ahad.

Boon Heong, yang rakan seperjuanganya Koo Kien Keat menamatkan zaman bujangnya pada 2013, mengucapkan terima kasih kepada kekasihnya selama 10 tahun itu kerana sudi berada di sampingnya ketika waktu susah dan senang.

Katanya, beliau melamar kekasihnya sewaktu jamuan malam pada Kejohanan Terbuka Australia pada 7 Jun lepas dengan menulis 'sudikah anda berkahwin dengan saya' di atas pinggan dan meletakkan sebentuk cincin berlian di atasnya.

Sherlyn kemudian menerima lamaran itu di hadapan ahli keluarga dan rakan pada jamuan itu dengan Boon Heong menitiskan air mata kegembiraan pada ketika itu.

Selepas majlis perkahwinan itu, Boon Heong memberitahu sidang media bahawa beliau bertuah mendapat seorang isteri yang memahami dirinya sebagai seorang pemain profesional.

"Saya tidak menjangka dapat memperisterikan wanita itu kerana mengenali kakaknya terlebih dahulu. Sejak mengenalinya, dia sentiasa berada di sisi saya," katanya.

Dalam pada itu, Sherlyn berkata: "Saya tahu dia adalah orangnya (bakal suami)...bagaimana sukar pun sepanjang lebih 10 tahun, tidak terlintas dalam fikiran untuk meninggalkannya."

Lebih 50 ahli keluarga dan orang kenamaan menghadiri majlis perkahwinan itu yang ditaja oleh Anovia Bridal dan Obsedian Wedding Studio.

Beregu profesional Kien Keat dan Boon Heong akan menyertai dua kejohanan bulan depan iaitu Terbuka China dari 15-20 November dan Terbuka Hong Kong dari 22-27 November ini.- BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Tan Boon Heong , majlis perkahwinan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan