Terbuka Denmark: Chong Wei Kalah Mengejut Kepada Leverdez

Diterbitkan: Sabtu, 22 Oktober 2016 8:45 AM

Reaksi pemain Perancis, Brice Leverdez sebaik sahaja menewaskan pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dari Malaysia di Terbuka Denmark. -fotoEPA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei gagal menepati ramalan untuk mara ke saingan separuh akhir Terbuka Denmark apabila tewas kepada pemain beranking lebih rendah dari Perancis, Brice Leverdez awal pagi ini di Taman Sukan Odense.

Namun pemain beranking ke-38 dunia itu terpaksa bertungkus-lumus hampir sejam 17 minit untuk menidakkan kemaraan ikon badminton negara tersebut dengan  mata 21-17, 20-22 dan 21-19.

Chong Wei sebelum ini pernah tiga kali menjuarai Terbuka Denmark iaitu pada 2005, 2006 dan 2012.

Hanya beregu lelaki negara Goh V Shem/Tan Wee Kiong yang masih meneruskan perjuangan Malaysia.

Mereka menewaskan beregu China Li Junhui/Liu Yuchen pada saingan suku akhir lewat malam tadi dan bakal bertemu beregu tuan rumah yang juga pilihan kedua kejohanan iaitu Mathias Boe/Carsten Mogensen.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan