Terbuka Denmark: Beregu Wanita, Campuran Mara

Diterbitkan: Rabu, 19 Oktober 2016 11:46 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan pasangan Vivian Hoo-Woon Khe Wei mengetuai cabaran negara mara ke pusingan kedua Terbuka Denmark manakala tiga wakil perseorangan lelaki tersingkir.

Tan-Lai mara selepas menundukkan pasangan bidan terjun Oliver Leydon Davis (New Zealand)-Gronya Somerville (Australia) di Odense Sports Park, dengan 23-21, 21-9.

Di pusingan kedua, mereka akan menentang pasangan China, Li Junhui-Bao Yixin yang meraih kemenangan percuma selepas satu lagi pasangan negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menarik diri pada set kedua dengan keputusan 21-17, 4-5. 

Vivian-Khe Wei pula terpaksa berhempas pulas mengalahkan lawan mereka, Kim Hye Rin-Yoo Hae Won dari Korea Selatan 6-21, 21-19, 21-16 untuk mara ke pusingan kedua beregu wanita.

Mereka kini akan berdepan pasangan adik beradik Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva dari Bulgaria yang mengenepi Della Destiara Haris-Rosyita Eka Putri Sari dari Indonesia,  21-13, 12-21, 21-19.

Seorang lagi pemain negara, Sannatasah Saniru yang berganding dengan Nadia Fankhauser dari Switzerland bagi kategori beregu wanita mudah menewaskan beregu tuan rumah, Gabriella Boje-Cecilie Sentow 21-9, 21-19.

Menanti mereka di pusingan seterusnya adalah beregu tuan rumah, Kamilla Rytter Juhl-Christinna Pedersen yang juga pilihan kelima kejohanan. 

Cabaran tiga wakil perseorangan lelaki negara, Chong Wei Feng, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Zulfadli Zulkiffli bagaimanapun terkandas di pusingan pertama.

Wei Feng tewas kepada H. S Prannoy dari India 13-21, 21-19, 20-22 diikuti kekalahan Iskandar Zulkarnain kepada Rajiv Ouseph dari England 8-21, 21-17, 17-21 manakala Zulfadli kalah kepada pemain Perancis, Brice Leverdez 22-20, 12-21 14-21. 

Jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei pula akan membuka kempennya menentang pemain Hong Kong, Wei Nan lewat malam Rabu.

Ini diikuti perlawanan beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang bertemu beregu China, Liu Cheng-Zhang Nan dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menentang beregu pilihan kelima Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dari Indonesia. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan