Masters Taiwan: Liew Daren Mara Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Jumaat, 14 Oktober 2016 6:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Pemain profesional negara, Liew Daren meneruskan cabarannya apabila mara ke separuh akhir kejohanan badminton Grand Prix Masters Taiwan di Gimnasium Hsing Chuang di Taipei, Jumaat.

Bekas pemain negara berusia 29 tahun itu mengetepikan cabaran Shesar Hiren Rhustavito dari Indonesia dengan 11-8, 11-3, 11-2 di suku akhir pada kejohanan yang menggunakan sistem 11 mata.

Menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfbadminton.org, Daren kini akan menentang wakil tuan rumah, Lin Yu Hsien yang menundukkan rakan senegaranya, Hsueh Hsuan Yi 11-6, 6-11, 11-6, 11-6 dalam satu lagi aksi suku akhir.

Seorang lagi bekas pemain negara, Tan Chun Seang, bagaimana pun, terkandas selepas tewas 11-6, 4-11, 15-13, 5-11, 9-11 kepada pilihan utama, Hsu Jen Hao dari Taiwan.

Dua beregu wanita negara turut menempah tiket ke separuh akhir selepas menyingkirkan lawan masing-masing di suku akhir.

Gandingan Lim Yin Loo-Yap Cheng Wen membuat kejutan apabila menyingkirkan pilihan kedua, Poon Lok Yan-Tse Ying Suet dari Hong Kong 11-5, 11-9, 11-4 manakala Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean menang 15-14, 13-11, 9-11, 9-11, 11-9 ke atas pasangan Jepun, Ayako Sakuramoto-Yukiko Takahata.

Cabaran pemain perseorangan wanita negara berakhir selepas wakil tunggal di suku akhir, Tee Jing Yi yang juga pilihan kedua tewas 6-11, 7-11, 6-11 kepada pilihan kelima dari Thailand, Pornpawee Chochuwong.

Sebagai rekod, cabaran beregu lelaki negara berakhir pada Khamis selepas MohdAzriyn Ayub-Jagdish Singh tewas di pusingan kedua.

Malaysia tidak menghantar wakil dalam acara beregu campuran di kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah US$55,000 (RM230,715). -Bernama

Tags / Kata Kunci: Liew Darren

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan