Liga Skuasy Kembali Meriahkan Arena Sukan Tempatan

Diterbitkan: Rabu, 12 Oktober 2016 5:54 PM

Pengarah Eksekutif Omesti Berhad yang juga bekas pemain kebangsaan, Gerad Monteiro (kiri) menampilkan aksi menarik sambil disaksikan Pengarah SRAM, Mejar (B) S. Maniam (tengah) dan Presiden SRAM, Huang Ying How selepas sidang media majlis pengumuman Liga Skuasy Ohana-SRAM 2017 pada 12 Oktober 2016.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Liga Skuasy bakal memeriahkan arena sukan tempatan selepas kejohanan itu 'berehat panjang' selepas kali terakhir diadakan pada 2006.

Bermula Januari 2017, liga skuasy yang terbuka kepada semua peminat sukan ini, akan menjadi platform untuk mencungkil bakat-bakat baharu acara ini di peringkat awal.

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Mejar (B) S. Maniam berkata, saingan liga ini amat penting lebih-lebih lagi ia mampu membuka peluang kepada semua pemain atau kelab menunjukkan kemahiran masing-masing.

Maniam yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan memberitahu, liga tersebut bakal mengembalikan kenangan ketika beliau masih aktif dalam sukan tersebut.

"Ketika zaman saya 90-an, liga skuasy berlangsung dengan sengit kerana banyak pasukan daripada pelbagai kelab yang mengambil bahagian.

"Jadi kita boleh lihat ramai pemain bersaing untuk mencatat kemenangan bagi pasukan masing-masing.

"Saya sangat gembira kerana hari ini, bekas pemain kebangsaan yang banyak meraih gelaran juara di peringkat nasional pada awal 90-an, Gerard Monteiro sudi bekerjasama dengan SRAM untuk mengembalikan kegemilangan liga ini," jelasnya ketika majlis pelancaran Liga Skuasy Ohana-SRAM pada Rabu.

Sementara itu, Monteiro yang merupakan Pengarah OMESTI Berhad iaitu sebuah syarikat telekomunikasi dan jalur lebar berkata, sudah tiba masanya liga skuasy ini diadakan semula.

"Lebih penting ia bukan sahaja mampu mengumpul ramai pemain di setiap lapisan masyarakat, tetapi liga ini merupakan satu daripada landasan untuk SRAM mencungkil bakat pemain-pemain muda supaya dapat diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

"Selain itu juga liga ini mampu mengembalikan 'juara-juara' veteran bersaing di gelanggang dalam kategori yang disediakan," jelasnya.

Dalam pada itu, SRAM meletakkan sasaran sebanyak 40-50 pasukan yang akan bersaing pada aksi pusingan pertama bermula 10 Januari depan.

"Pada tahun pertama ini kita hanya membuka kepada aksi perseorangan. Setiap pasukan dibenarkan mendaftar enam nama termasuk seorang pemain kebangsaan tetapi hanya tiga pemain sahaja dibenarkan beraksi dalam kategori tersebut. 

"Setiap divisyen akan dibahagikan kepada lapan pasukan dan yuran pendaftaran sebanyak RM300 dikenakan bagi setiap pasukan," jelas Maniam.

Manakala tiga pasukan teratas yang berjaya mengharungi saingan liga bagi tempoh empat hingga enam bulan ini bakal menerima hadiah wang tunai.

Lebih istimewa, liga terbuka ini memberi kebebasan kepada setiap pasukan untuk memilih gelanggang sendiri sebagai 'home' di sekitar Lembah Klang.

Hadiah wang tunai bakal diumumkan berdasarkan jumlah penyertaan keseluruhannya sebaik sahaja tarikh tutup penyertaan pada 15 Disember ini.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan