Federer, Nadal Tersingkir Dari Empat Teratas

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2016 11:18 PM

Federer dan Nadal. Foto AP

(Ubah saiz teks)

ROGER Federer dan Rafael Nadal kini tersingkir dari kedudukan empat teratas dunia buat pertama kali dalam tempoh 13 tahun.

Saingan legenda itu yang memenangi 31 gelaran Grand Salam antara mereka sepanjang kerjaya berada di kedudukan utama selama lebih sedekad.

Federer yang diketepikan sejak Wimbeledon kerana kecederaan lutut jatuh pada tangga ketujuh dalam kedudukan baharu.

Nadal pula yang tidak meraih gelaran Grand Slam sejak 2014 bedepan dengan prestasinya yang merosot selepas mengalami kecederaan lutut.

Kali terakhir Federer dan Nadal di luar empat teratas adalah Jun 2003.

Novak Djokovic kekal sebagai pemain nombor satu, menyandang kedudukan itu sejak Julai 2014.

Andy Murray yang memenangi Terbuka China pada Ahad, menduduki tangga kedua dunia.

Stan Wawrinka dan Milos Raonic, turut berada pada kedudukan empat teratas.

Berikut merupakan kedudukan pemain tenis lelaki:

1 Novak Djokovic - 13,540 mata

2 Andy Murray - 9,845

3 Stan Wawrinka - 5,910

4 Kei Nishikori - 4,740

5 Rafael Nadal - 4,730

6 Milos Raonic - 4,690

7 Roger Federer - 3,730

8 Gael Monfils - 3,745

9 Tomas Berdych - 3,470

10 Dominic Thiem - 3,295

- Mail Online

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan