Jin Wei Mara Ke Separuh Akhir Grand Prix Emas Terbuka Thailand

Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2016 7:10 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara remaja dunia, Goh Jin Wei meneruskan aksi cemerlang selepas melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Terbuka Thailand yang berlangsung di Stadium Nimibutr di Bangkok.

Pemain berusia 16 tahun itu menewaskan rakan sepasukan, Ho Yen Mei 21-17 dan 21-13 pada suku akhir, menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF);www.bwfbadminton.org.my.

Jin Wei akan bertemu pemain Thailand, Busanan Ongbamrungphan selepas pilihan ketiga itu terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan pemain Singapura, Xiaoyu Liang 20-22, 21-13 dan 21-12.

Pasangan beregu profesional negara, Lim Khim Wah/Ong Jian Guo juga mara ke separuh akhir selepas menundukkan pilihan ketiga, Bodin Isara/Nipitphon Phuangphuapet dari Thailand dengan 21-15, 17-21 dan 21-14.

Pasangan beregu campuran kedua negara, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing juga mara ke separuh akhir menewaskan beregu pilihan keenam, Liao Min Chun/Chen Hsiao Huan dari Taiwan 21-15, 19-21 dan 21-11.

KEPUTUSAN PENUH:

Perseorangan Lelaki:
LeRe Cheuk Yiu (HKG) mn Liew Daren 21-12, 17-21, 21-15

Beregu Lelaki:
Lim Khim Wah/Ong Jian Guo mn  Bodin Isara/Nipitphon Phuangphuapet 21-15, 17-21, 21-14
Berry Angriawan/Rian Agung Saputro (INA) mn Hoon Thien How/Teo Kok Siang 21-16, 21-17 

Perseorangan Wanita:
Goh Jin Wei mn Ho Yen Mei 21-17, 21-13
Aya Ohori (JPN) mn Tee Jing Yi 21-13, 21-6

Beregu Wanita:
Puttita Supajirakul/Sapsiree Taerattanachai (THA) mn Chow Mei Kuan/Lee Meng Yean 21-9, 21-14

Beregu Campuran:

Tan Kian Meng/Lai Pei Jing mn Liao Min Chun/Chen Hsiao Huan 21-15, 19-21, 21-11

-- Bernama
Tags / Kata Kunci: Jin Wei , Thailand

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan