Sobhy Sekat Langkah Nicol Ke Final

Diterbitkan: Sabtu, 1 Oktober 2016 9:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David gagal mara ke final selepas tumpas di tangan juara bertahan, Amanda Sobhy dalam perlawanan separuh akhir Kejohanan Terbuka Netsuite di San Francisco, Amerika Syarikat, lewat Jumaat.

Nicol, 33, membuka langkah kanan dengan menang set pertama 12-10 tetapi terpaksa akur kudratnya gagal menyekat kebangkitan pemain yang 10 tahun lebih muda dari Amerika Syarikat itu apabila tewas pada tiga set berikutnya.

Sobhy mencipta kemenangan pertama ke atas Nicol, bekas pemain nombor satu dunia itu, apabila melangkah ke final dengan kemenangan 12-10, 11-5, 11-2 dan 11-5.

Pemain kelahiran Boston itu akan bertemu dengan pemain nombor dua dunia, Laura Massaro dari England pada final esok.

Massaro, selaku pilihan utama, menepati ramalan apabila menyingkirkan pemain veteran dari New Zealand, Jolle King dengan keputusan 12-10, 11-5 dan 11-4 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Kejohanan tersebut menawarkan hadiah wang tunai US$150,000 (RM620,000).

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan