Terbuka Korea: Beregu Lelaki Negara Mara Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Sabtu, 1 Oktober 2016 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong meneruskan rentak cemerlang apabila mengulangi kejutan terhadap beregu handalan China untuk mara ke separuh akhir Siri Super Terbuka Korea di Seoul.

Pada saingan suku akhir, V Shem-Wee Kiong, yang menang pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016, mengalahkan beregu nombor empat dunia, Hong Wei-Chai Biao dalam straight set 21-18, 21-13.

Pada temasya Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, bulan lepas, beregu negara itu mengalahkan beregu China itu dalam rubber set 21-18, 12-21, 21-17 pada separuh akhir untuk layak ke final.

Pada Sabtu, V Shem-Wee Kiong, selaku beregu nombor sembilan dunia, akan menentang beregu China, Li Junhui/Liu Yuchen pada separuh akhir.

Beregu China itu melakarkan kejutan apabila menyingkirkan beregu nombor lima dunia, Hendra Setiawan-Mohammad Ahsan dari Indonesia, 21-11, 21-16 pada saingan suku akhir.

Sementara itu, beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut melangkah ke separuh akhir selepas berhempas pulas untuk mengalahkan pasangan Denmark, Anders Skaarup Rasmussen-Sara Thygesen 21-14, 14-21, 21-19.

Peng Soon-Liu Ying, yang turut meraih pingat perak pada sukan Olimpik Rio, bakal berdepan laluan sukar ke final apabila dijadual menentang pilihan utama yang juga ranking nombor satu dunia, Ko Sung Hyun-Kim Ha Na dari Korea Selatan, pada separuh akhir Sabtu.

Kejohanan tersebut menawarkan hadiah wang tunai US$600,000 (RM2.477 juta). - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Terbuka Korea , Goh V Shem , Tan Wee Kiong

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan