Nicol Mara Ke Suku Akhir, Wee Wern Terkandas - Raket | mStar

Nicol Mara Ke Suku Akhir, Wee Wern Terkandas

Diterbitkan: Rabu, 28 September 2016 4:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy Malaysia dan pemain nombor tiga dunia Datuk Nicol David memulakan kempennya dengan kemenangan untuk terus mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Netsuite di San Francisco, Amerika Syarikat pada Selasa (awal pagi Rabu waktu Malaysia).

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu yang menyasarkan untuk merangkul gelaran pertama Jelajah PSA Dunia musim ini, menumpaskan Reyna Pacheco daripada Amerika Syarikat 11-3, 11-1 dan 11-3 dalam perlawanan pembukaan pada kejohanan itu yang diadakan dalam gelanggang skuasy kaca boleh alih di South Lawn di Justin Herman Plaza, menurut laman web kejohanan www.netsuiteopensquash.com.

Nicol akan bertemu Nour El Tayeb daripada Mesir dalam kalangan kelompok lapan pemain teratas pada Rabu selepas pemain Mesir itu mengalahkan seorang lagi pemain Malaysia, Low Wee Wern 11-3, 9-11, 11-4 dan 11-1 dalam satu lagi perlawanan pusingan pertama.

Mengikut format perlawanan, pemenang dalam perlawanan pembukaan mara terus ke suku akhir.

Malaysia tidak menghantar wakil dalam kategori lelaki pada kejohanan itu yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah US$150,000 (RM619,957). - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Nicol David , Skuasy
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan