Sivasangari Muncul Juara Remaja Asia

Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2016 7:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain remaja negara, S. Sivasangari menepati ramalan selaku pilihan utama apabila muncul juara kategori wanita bawah 19 tahun (B-19) pada Kejohanan Skuasy Individu Remaja Asia (AJIC 2016) di sini, Sabtu.

Pemain berusia 17 tahun kelahiran Kedah itu mengambil masa 44 minit untuk mengalahkan pemain Jepun, Satomi Watanabe, 11-8, 11-7, 4-11 dan 11-9 pada final di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, di sini.

Beliau yang ditemui pemberita selepas perlawanan tersebut berpuashati kerana dapat membalas dendam setelah kalah kepada lawannya itu pada Kejohanan Remaja Terbuka Pulau Pinang, tahun lepas.

"Saya seperti hilang fokus pada set ketiga sehingga membenarkan Watanabe menang pada set tersebut namun saya kembali menemui rentak permainan pada set terakhir untuk muncul juara," katanya.

Kemenangan tersebut adalah yang kelima untuk Sivasangari yang sudah memenangi empat kejuaraan tahun ini iaitu Piala SEA di Myanmar, Januari lepas, selain tiga kejohanan pada Jelajah Malaysia PSA di Melaka (Mac) dan dua lagi di Kuala Lumpur pada April lepas.

Selain Sivasangari, tiga lagi wakil negara turut merangkul kejuaraan Asia dalam kategori umur masing-masing iaitu Daniel Nurhaqiem Shahrul Izham dalam acara lelaki bawah 15 tahun (B-15) dan adik-beradik perempuan, Aifa Azman (wanita B-15) dan Aira dalam kategori wanita bawah 13 tahun (B-13).


Keputusan Akhir:

B-19:

Lelaki:
Velavan Senthilkumar (IND) mn Mohammad Al-Sarraj (JOR) 12-14, 9-11, 11-6, 11-8 dan 11-7

Wanita:
S. Sivasangari (MAS) mn Satomi Watanabe (JPN) 11-8, 11-7, 4-11, 11-9


B-17

Lelaki:
Abbas Zeb (PAK) mn Tushar Shahani (IND) 11-7, 11-8, 14-16, 11-7

Wanita:
Lui Hiu Lam (HKG) mn Lai Wen Li (MAS) 11-7, 11-6, 11-6


B-15:

Lelaki:
Daniel Nurhaqiem Shahrul Izham (MAS) mn Muhammad Amir Amirul Azhar (MAS) 14-12, 11-6, 11-8

Wanita:
Aifa Azman (MAS)mn Chan Sin Yuk (HKG) 14-12, 7-11, 11-6, 11-5


B-13:

Lelaki:
Asad Ullah (PAK)mn Andrik Lim (MAS) 11-6, 11-7, 11-3

Wanita:
Aira Azman (MAS)mn Kirstie Wong Po Yui (HKG) 13-11, 11-9, 11-6

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan