Tiga Pemain Malaysia Mara Ke Suku Akhir Cabaran Antarabangsa Poland

Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2016 11:39 AM

Lee Zii Jia

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga pemain Malaysia mara ke suku akhir kejohanan badminton Cabaran Antarabangsa Poland selepas melepasi dua halangan pada pusingan awal kejohanan yang berlangsung di Dewan Sukan Bosir, Poland, lewat Jumaat (awal Sabtu waktu Malaysia).

Lee Zii Jia mengenepikan Ben Torrance dari Scotland dengan kemenangan 21-18 dan 21-15 pada perlawanan pembukaan, sebelum menewaskan Morgan Lidman dari Sweden 21-15 dan 21-19 pada pusingan kedua perseorangan lelaki, demikian menurut laman web kejohanan itu, www.polishinternational.pl.

Leong Jun Hao turut melangkah ke suku akhir dengan mengalahkan pemain England, Michael Spencer-Smith, 21-15 dan 21-19 pada perlawanan pembukaan sebelum menewaskan pemain pilihan keenam, Steffen Rasmussen dari Denmark dengan 21-15 dan 21-14 pada pusingan kedua perlawanan di acara yang sama.

Seorang lagi pemain Malaysia, Soniia Cheah, yang baru memenangi gelaran juara antarabangsa pertamanya pada Cabaran Antarabangsa Belgium minggu lepas, turut berjaya ke peringkat suku akhir selepas menepikan dua lawannya dalam acara perseorangan wanita.

Beliau juga tidak perlu berhempas-pulas pada pusingan pembukaan selepas lawannya, pemain pilihan keenam dari Croatia, Dorotea Sutara, mengambil keputusan untuk menarik diri kerana kecederaan semasa ketinggalan 7-18 pada set pembukaan itu.

Cheah kemudian menewaskan Rachael Darragh dari Ireland, dengan kemenangan straight-set 21-11 dan 21-11 pada perlawanan pusingan kedua.
Malaysia tidak menghantar wakil pada tiga acara lain - beregu wanita dan lelaki serta beregu campuran - pada edisi tahun ini.

Untuk rekod, dua pemain Malaysia, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Ho Yen Mei muncul juara masing-masing dalam acara perseorangan lelaki dan wanita, pada edisi tahun lepas.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan