Chong Wei, Tiga Beregu Negara Mara Ke Pusingan Kedua Terbuka Jepun

Diterbitkan: Rabu, 21 September 2016 11:22 PM

Gambar fail Lee Chong Wei.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei bermula dengan langkah kanan apabila mudah menundukkan lawannya untuk mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Jepun pada Rabu.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil baru-baru ini, mengambil masa 36 minit untuk mengenepikan Boonsak Ponsana dari Thailand, 21-14, 21-13.

Pemain ranking pertama dunia itu dijangka bertemu Qiao Bin dari China di pusingan kedua untuk mencari tiket ke suku akhir.

Qiao Bin yang layak ke undian utama menerusi pusingan kelayakan, mengenepikan pemain Denmark, Hans-Kristian Vittinghus 23-25, 21-12, 21-14 untuk mara ke pusingan kedua. 

Nasib berbeza menimpa pemain perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, yang gagal mengikut langkah Chong Wei apabila terpaksa tunduk kepada pemain India, H.S Prannoy dalam pertarungan lebih sejam.

Iskandar yang tewas pada set pertama 21-23, bangkit memenangi set kedua dengan 21-19, namun pemain berusia 25 tahun itu gagal bertahan, sekali gus akur dengan kekalahan 18-21 kepada pemain ranking ke-29 dunia itu.

Pasangan pingat perak Sukan Olimpik Rio, Goh V Shem-Tan Wee Kiong cemerlang apabila memerlukan 24 minit untuk menyingkirkan pasangan Thailand, Bodin Isara-Nipitphon Phuangphuapet 21-12, 21-7.

Pasangan negara itu akan menentang gandingan China, Huang Kaixiang-Wang Yilyu yang sebelumnya menundukkan beregu Thailand, Puavaranukroh Dechapol-Kedren Kittinupong 21-19, 21-19 untuk memburu slot ke suku akhir.

Beregu wanita negara, Vivian Ho-Woon Khe Wei juga membuka peluang merebut slot suku akhir apabila mara ke pusingan kedua selepas mengalahkan beregu tuan rumah, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara 21-19, 21-12.

Pasangan itu akan berdepan satu lagi pasangan Jepun, Miki Kashihara-Miyuki Kato yang mendapat kemenangan mudah selepas gandingan dari China, Chen Qincheng-Tang Yuanting menarik diri.

Turut mara ke pusingan kedua, beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang mengambil masa 31 minit untuk menyingkirkan pasangan England, Matthew Nottingham-Emily Westwood 21-13, 21-15.

Pasangan pingat perak Sukan Olimpik Rio itu akan berdepan gandingan dari Belanda, Jacco Arends-Selena Peik untuk mengintai tiket ke suku akhir.

Pasangan Belanda itu mara selepas mengetepikan gandingan Denmark Kim Astrup-Line Kjaersfeldt 21-13, 21-18. - Bernama

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan