Wee Wern Mara Ke Undian Utama

Diterbitkan: Isnin, 19 September 2016 9:10 AM

Low Wee Wern.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain nombor dua wanita negara Low Wee Wern mara ke undian utama kejohanan skuasy terbuka Al-Ahram setelah menang perlawanan kelayakan akhir kejohanan di Mesir pada Ahad.

Beliau bagaimanapun terpaksa berhempas pulas sebelum mengalahkan pemain muda  tuan rumah Nadine Shahin 11-5, 10-12, 11-3, 5-11 dan 11-7 dalam perlawanan yang berlangsung kira-kira 57 minit.

Wee Wern tenyata gembira dengan kemenangan itu walaupun ia bukan merupakan persembahan terbaiknya.

"Saya sekali sekala bermain baik. Dia merupakan pemain yang gigih. Saya dapat bertahan dengan baik dan seterusnya menang," katanya seperti yang dipetik dalam laman web kejohanan www.alahramsquashopen.com.

Terdahulu Wee Wern mengalahkan seorang lagi pemain Mesir, Hania El Hammamy 11-4, 11-9 dan 11-9 dalam pusingan kelayakan pertama pada Sabtu.

Wee Wern seterusnya bakal menghadapi pemain nombor lapan dunia Omneya Abdel Kawy juga dari Mesir pada perlawanan pembukaan hari ini.

Sementara ratu skuasy negara Datuk Nicol David akan menentang pemain England, Fiona Moverley dalam pusingan pembukaan pada Isnin.

Fiona sebelum ini mengalahkan pemain tuan rumah Hana Ramadan 6-11, 8-11, 11-4, 11-9 dan 11-9 dalam perlawanan kelayakan akhir.

Malaysia tidak menghantar pemain lelaki pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah US$100,000 (RM415,000). - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: Low Wee Wern , skuasy , Terbuka Al-Ahram

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan