Exco BAM Setuju Sambung Kontrak Hendrawan

Diterbitkan: Sabtu, 17 September 2016 7:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mesyuarat exco Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bersetuju untuk menyambung kontrak jurulatih perseorangan lelaki, Hendrawan, kata pemangku Presidennya Tan Sri Mohamed AlAmin Abdul Majid.

"Begitu juga dengan kontrak-kontrak jurulatih lain yang berakhir tahun ini. Lanjutan kontrak untuk Hendrawan ialah dua tahun dan begitu juga untuk yang lain," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penyampaian insentif BAM kepada pemenang pingat Sukan Olimpik yang diadakan di Stadium Juara, Bukit Kiara pada Sabtu.

Mengenai cadangan rombakan dan penambahbaikan yang dibawa oleh Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan, Al Amin berkata exco BAM telah membincangkannya dan secara prinsipal telah bersetuju.

Menurut beliau, BAM kini sedang berusaha untuk menambah jumlah jurulatih.

"Kami melihat kepada pelbagai kategori... perseorangan lelaki, beregu lelaki dan seterusnya.  Kami akan pecahkan struktur kejurulatihan," kata Al Amin.

Sementara itu Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai berkata BAM memerlukan 12 jurulatih.

"Tambahan jurulatih ini khusus untuk mengendalikan pemain  perseorangan...ia bukan spesifik kategori lelaki atau pun wanita. Kita sudah memberi mandat kepada Pengarah Teknikal (Morten Frost Hansen) untuk tujuan itu," katanya.

Ditanya sama ada ia melibatkan jurulatih tempatan atau luar negara, Chin Chai berkata ia belum dipastikan lagi dan bergantung kepada kebolehsediaan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: BAM , Hendrawan

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan