Gandingan V Shem-Wee Kiong Kini 'Dalam Perhatian'

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2016 5:36 PM

Goh V Shem-Tan Wee Kiong.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasangan beregu negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong tidak boleh terus dibuai kelekaan dengan pingat perak yang dimenangi pada temasya Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil baru-baru ini.

Sebaliknya, gandingan utama negara yang menduduki tangga ke sembilan dunia itu perlu kembali memberi fokus kepada kejohanan seterusnya di Terbuka Jepun, kerana mereka kini memegang status beregu 'dalam perhatian' oleh pihak lawan.

Wee Kiong ketika ditemui mengakui perkara berikut namun tidak menjadikan ia sebagai satu tekanan sebaliknya, memberi impak positif kepada beliau dan V Shem untuk lebih konsisten dan gigih dalam menjalani latihan.

"Kita sudah dapat keyakinan dan rasa sangat positif tapi itu ketika Sukan Olimpik sahaja. Semua itu sudah lepas, dan kita perlu kembali fokus terutama di kejohanan pertama kita di Terbuka Jepun.

"Saya akui pasangan negara lain akan lebih fokus kepada kita. Kita kena buat betul-betul ketika latihan dan ini adalah perkara utama yang kita perlu bersedia," katanya.

Pasangan negara itu mencipta kejayaan menakjubkan apabila meraih pingat perak selepas terpaksa akur kepada pasangan China Fu Haifeng/Zhang Nan pada perlawanan akhir di Rio de Janeiro, bulan lepas.

Dalam pada itu, Wee Kiong berkata walaupun terdapat beberapa gandingan utama dunia bakal bersara dari arena badminton, ia bukan satu laluan mudah untuk pasangan negara berada dan kekal di tangga kelima terbaik dunia.

Katanya, walaupun tanpa penampilan pasangan beregu terbaik dunia, masih terdapat pasangan beregu dari negara lain yang masih kompetitif dan mampu memberi cabaran sengit dalam pertandingan.

"Memang satu kerugian juga kalau pasangan beregu teratas tidak lagi beraksi tapi kita kena ingat bahawa masih banyak lagi pasangan beregu yang kuat dan kompetitif. Yang perlu kita jaga sekarang ialah kita sendiri kena bersedia," katanya.

Dikhabarkan antara beregu yang menyatakan hasrat menggantung raket ialah beregu nombor satu dunia Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong dari Korea Selatan, selepas Kejohanan Terbuka Korea pada September ini.

Beregu negara bakal berdepan gandingan Thailand yang berada di tangga ke-26 dunia, Bodin Isara-Nipitphon Phuangphuapet pada pusingan pertama Terbuka Jepun, Selasa depan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan