Pemain Perlu Kekal Prestasi, Mara Ke Final Siri Super

Diterbitkan: Khamis, 15 September 2016 8:25 PM

Mohamed Al Amin Abdul Majid.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemenang pingat perak pada temasya Sukan Olimpik Rio 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, bulan lepas, diseru menampilkan prestasi konsisten pada setiap kejohanan badminton Siri Super.

Pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid berkata pemain berkenaan disasarkan untuk melangkah ke final pada setiap kejohanan Siri Super yang akan bermula dengan Terbuka Jepun, Selasa depan.

Pada Sukan Olimpik Rio, badminton meraih tiga pingat perak menerusi jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

"Tetapi harus diingat bahawa program latihan dan pertandingan mengikut perancangan kita adalah sampai akhir tahun. Sudah tentu, pemain perlu terus berusaha untuk memperbaiki kelemahan dan menunjukkan keputusan yang konsisten," katanya kepada pemberita di majlis penghargaan kepada pemenang pingat perak berkenaan.

Beliau berkata pemain sukan tanah air mula meletakkan harapan tinggi terhadap sukan badminton susulan pencapaian sukan itu yang menakjubkan di Sukan Olimpik.

Bagaimanapun, beliau, meminta peminat sukan supaya jangan terlalu mengkritik sekiranya pemenang pingat perak itu tidak mencapai keputusan yang diharapkan dalam setiap kejohanan yang disertai mereka.

"Kita kena terima bahawa adalah sukar untuk mengekalkan prestasi baik dalam setiap kejohanan," katanya.

Mohamed Al Amin, yang juga ketua kontinjen negara ke Rio, berkata BAM akan memperkemaskan lagi program latihan bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan