Terbuka AS: Novak Djokovic Mara Ke Final

Diterbitkan: Sabtu, 10 September 2016 7:42 AM

Novak Djokovic. Foto AP

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PEMAIN nombor satu dunia, Novak Djokovic mara ke final Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas menewaskan Gael Monfils.

Dalam perlawanan aksi separuh sebanyak empat set di New York itu, Djokovic menang dengan 6-3, 6-2, 3-6-, 6-2.

Tidak banyak yang dilakukan Monfils pada dua set pertama, tetapi setelah tertinggal 0-2, pemain kelahiran Perancis itu bangkit semula.

Bagaimanapun, Djokovic kembali mengekalkan momentumnya selepas mengungguli perlawanan dengan 3-1.

Pemain berusia 29 tahun itu kini memburu gelaran ketiga Terbuka AS dalam perlawanan akhir pada Ahad, menentang Stan Wawrinka.

Dalam saingan separuh akhir, Wawrinka menewaskan Kei Nishikori pada pusingan separuh akhir dengan 4-6, 7-5, 6-4, 6-2.




Tags / Kata Kunci: Novak Djokovic

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan