Terbuka AS: Williams berhempas pulas sebelum mara

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2016 1:20 PM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN tenis nombor satu dunia, Serena Williams terpaksa berhempas-pulas untuk menewaskan bintang dari Romania, Simona Halep menerusi set penentuan sebelum mara ke pusingan separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) di New York pada Khamis.

Juara enam kali itu menang dengan keputusan 6-2, 4-6, 6-3, sekali gus bakal bersemuka dengan pemain nombor 10 dunia dari Republik Czech, Karolina pada Jumaat.

Dalam misinya untuk memburu kejuaraan Terbuka AS kali ketujuh dan yang pertama sejak 2014, Williams pada awalnya dilihat mudah mengenepikan cabaran Halep apabila menang set pertama dalam tempoh 33 minit.

Bagaimanapun Halep yang merupakan pemain nombor lima dunia, bangkit di set kedua untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Namun dengan pengalaman yang luas, Williams berjaya mengharungi cabaran Halep apabila mencatat kemenangan di set ketiga.

Mengulas tentang perlawanan getir itu, William berkata, dia perlu meningkatkan tahap permainan jika mahu melangkah ke pusingan seterusnya.

Walaupun mencatat kemenangan, Williams mengakui dia lebih suka jika dapat mengelak daripada diheret ke set penentuan.

"Saya tidak suka jika bermain di set penentuan tetapi saya amat bagus untuk melepasinya," kata pemain berusia 34 tahun itu.

Satu lagi perlawanan separuh akhir menyaksikan Angelique Kerber menentang Caroline Wozniacki. - AFP

Tags / Kata Kunci: Serena Williams , Terbuka AS , Tenis

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan