Terbuka AS: Novak Djokovic Mara Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2016 7:48 AM

Novak Djokovic. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

PEMAIN nombor satu dunia, Novak Djokovic mara ke separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat 2016 selepas menewaskan pemain Perancis, Jo Wilfried Tsonga.

Dalam perlawanan suku akhir itu, pemain kelahiran Serbia itu menang dengan 6-3, 6-2.

Tsonga terpaksa memberikan kemenangan itu kepada Djokovic selepas beliau mengalami kecederaan di bahagian lutut kiri pada set kedua.

"Pada awal set kedua ketika Jo melakukan servis, saya mulai tahu ada yang tidak kena pada dia. Namun, saya tidak mahu terpengaruh dan tetap fokus pada permainan sendiri," kata Djokovic selepas tamat permainan.

"Saya berharap dia segera pulih. Saya yakin dia tidak mahu mengakhiri pertandingan dengan cara sebegitu," tambahnya.

Djokovic kini menumpukan misinya untuk menembusi separuh akhir buat kali ke-10 dalam Terbuka AS, yang bakal berdepan dengan seorang lagi pemain Perancis, Jumaat ini. - Main Online

 

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan